Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, May 20, 2012

DI MANAKAH LETAK DUDUK KEASLIAN PELAJARAN SILAT SENI GAYONG?

Salamun Alaik;
Sekadar gambar hiasan

Seringkali kita berbicara berkaitan KEASLIAN sesuatu ILMU yang diperturunkan oleh Guru-guru Gayong yang menggalas tanggungjawab menyampaikan amanat oleh Allahyarham Mahaguru. Susulan dari isu ini, maka timbullah persoalan yang memerlukan jawapan dari kita semua yang bergelar Gurulatih Silat Seni Gayong. 

"DI MANAKAH LETAK DUDUK KEASLIAN PELAJARAN SILAT SENI GAYONG?"

Adakah pada SENAMAN nya?

Adakah pada TAPAK dan GERAK LANGKAH nya? 

Adakah pada Gaya Menanti nya?
Adakah pada GERAKAN nya?

Adakah pada ELAKAN nya?

Adakah pada BUAH KUNCIAN nya?

Adakah pada BUAH PUKULAN atau KOMBAT nya?

Adakah pada BUAH HIDUP/GULUNG/PENTAS nya?

Adakah pada SENI SENJATA nya yang merangkumi 21 senjata di Alam Melayu/Nusantara?

Adakah pada SENI-SENI TEMPUR GAYONG yang merangkumi Yoi, Rajawali, Serangan Harimau, Seligi, Siku, Kaki, Selayang Pandang dll ?

Adakah pada SENI nya?

Adakah pada MAKSUD GAYONG nya?


Adakah pada NALURI TEMPUR atau SEMANGAT MEMBUNUH nya?

Adakah pada ANGKA 7,14,21,36,49,349 dan 360 nya?

Adakah pada BACAAN MANTERA, PERNAFASAN atau AMALAN KEBATINAN nya?

Adakah Keaslian itu merujuk kepada pelajaran yang diperturunkan oleh ADMAR sahaja atau juga pecahan pelajaran yang terbit daripada gubahan oleh Guru-guru Kanan ADMAR. 

Bagaimana untuk mengesahkan pelajaran tersebut adalah asli ataupun tidak?

Adakah keasliannya terletak kepada KONSEP ILMU ataupun SISTEM nya? Jika benar, maka buah baru dibolehkan digubah oleh mana-mana Gurulatih sejak dahulu, kini dan masa depan.

Kebanyakan buah-buah sulit Gayong juga ada pada Martial arts luar negara manakala asas gerakan, elakan, nuah kuncian, kombat juga ada kesamaan. Kadang2 istilah yang digunakan sahaja yg lain tetapi gerak dan konsepnya sama sahaja. Oleh yang demikian, boleh kah kita mengatakan semua ini adalah ASLI dari Gayong atau asimilasi daripada Martial Arts lain ataupun sememangnya gerak fitrah yang mampu digubah oleh mana2 bangsa di dunia ini?


Jika kita masih menganggap segala pelajaran berbentuk buah-buah yang perlu dihafal ini sebagai asli dan tidak boleh diubah maka Silat Seni Gayong merupakan silat yang hanya bersifat statik. Sedangkan pakaian seorang pendekar adalah ilmunya yang bersifat dinamik dan berubah2 mengikut faktor keadaan dan persekitarannya.

Ini antara secebis daripada sejumlah persoalan yang timbul tentang di mana letaknya KEASLIAN GAYONG. Berdasarkan persoalan-persoalan di atas, marilah sama-sama kita merungkai dan mencari JAWAPANnya.


Wallahua'lam.



Wednesday, May 9, 2012

SIJIL DAN LOGO GAYONG SERANTAU

Salamun Alaik;

Logo yang diedit dan dimurnikan dengan saiz yang lebih besar khusus buat sahabat2 dari Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia (no.pendaftaran 736/2001).





 
Boleh digunakan untuk Lencana, sulam di baju, sticker kereta, sijil dsb nya. Semoga dapat membantu kalian semua.

Wassalam.

Sunday, May 6, 2012

SENI SERANGAN SARAF

Salamun Alaik;
video
Klip Video ketika Latihan Mingguan untuk Jurulatih

Seni Serangan Saraf amat penting utk diaplikasikan dalam Seni Rajawali dan Seni Serangan Bapak Harimau. Merangkumi 7 Jalur Saraf Utama dengan 49 cabang jalurnya yang dijadikan fokus serangan. Konsep Serangan mementingkan ketepatan tanpa memerlukan daya kekuatan yang tinggi. Menepati Konsep Tempur Gayong "Ekonomi dalam setiap pergerakan, daya dan masa sentuhan".

Lihat juga Sentuhan Maut http://chulahitam.blogspot.com/2012/03/sentuhan-maut.html

Wallahua'lam

TUJUH KONSEP GERAK TEMPUR

Salamun Alaik,
Sekadar gambar hiasan.

Dalam Seni Tempur, terdapat 7 KONSEP GERAK yang perlu dipelajari, difahami dan dikuasai oleh PENGAMAL SILAT. Tujuh Konsep tersebut adalah;

1. Makan Gerak
2. Makan Segerak
3. Makan Gerak Dalam Gerak
4. Makan Dalam Gerak
5. Makan Sebelum Gerak
6. Makan Ikut Gerak
7. Makan Dengan Gerak

Namun, peringkat yang tertinggi dalam KONSEP MAKAN dan GERAK ini adalah "Makan Tanpa Gerak" atau juga dipanggil HAMPA GERAK.

Setakat ini sahaja perkongsian dari penulis, semoga beroleh kefahaman dan idea walau ianya tidak dijelaskan secara terperinci atas dasar menjaga ADAB BERGURU.

Wallahua'lam.

Sunday, April 22, 2012

MENGUJI KETAHANAN DIRI #1 : UJIAN GANTUNG

Salamun Alaik;
Inilah diantara Ujian yang menjadi Amanat Ilmu Arwah Mahaguru buat Guru Amin Hamzah. 

Ujian Gantung merupakan SALAH SATU daripada 7 ujian yang perlu ditempuh bagi Pemegang Bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti dalam KEILMUAN SILAT SENI GAYONG. Kenapa perlu diuji dengan ujian gantung? Ujian gantung ini sebenarnya bertujuan untuk mengukur tahap keupayaan seseorang dalam;

1. Mengolah Nafas Gayong
2. Mengunci Tubuh
3. Zikir Dabus
4. Yakin pada ILMU dan GURU
5. Semangat Keberanian
6. Kekuatan Minda
7. Ibu Gayong dalam DIRI

"Setiap Ilmu ada Ujiannya"

Wallahua'lam.

Wednesday, April 18, 2012

BICARA GURU #2 : Berkongsi Pengalaman BerGAYONG

Salamun Alaik;
video

Wassalam

BICARA GURU #1 : Pengenalan Kursus Tangan Kosong

Salamun Alaik;
video

Sekadar berkongsi pesanan dan Amanat dari Guru Amin Hamzah sewaktu Kursus Seni Tangan Kosong bertempat di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan pada Disember 2010.

Wassalam

RAHSIA DIBONGKAR #2 : Siapa Wali Kesakti dalam Pantun Rahsia Gayong?

Salamun Alaik,

Assalamualaikum Ya Rijalul Ghaib.
Ya Bolyan Ibni Malkan
Ya Qutubul 'Alam.

Merujuk Kitab Al-Hawi Lil Fatawi karangan Imam Sayuti, terdapat 4 Nabi yang masih HIDUP dan ditangguhkan Kematian mereka. 2 di LANGIT dan 2 di BUMI. Di Bumi adalah Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as. Nabi Khidir as inilah yang bergelar Qutubul 'Alam dan Khatamun Auliya'. Banyak Ilmu Hikmah adalah berpunca dari beliau, dan beliau jugalah yang bertanggungjawab menjaga Air dan mengawal Bumi. 

Begitulah secara ringkasnya SANAD ILMU bagi keilmuan Gayong (Ibu Gayong) ini. Memang sukar untuk dapatkan, apatah lagi untuk menguasainya. Ianya memerlukan disiplin, kesungguhan, keyakinan dan memiliki HATI YANG SUCI. InsyaAllah, dengan mendapat SANAD yang benar serta sentiasa BERADAB dengan GURU ( guru yang benar2 ada Sanad tanpa putus), jika ada rezeki, kita sendiri akan ketemui Nabi Khidir as ini secara mimpi atau bersemuka dengan IZIN-NYA ( beliau sering berjubah Hijau).


Wallahua'lam.

Monday, April 16, 2012

RAHSIA DIBONGKAR #1 : Khatam dan Isim Senjata

Salamun Alaik;
Selain 7 jenis Bunga, terdapat juga Bahan Khatam yang memerlukan 7 jenis Buah

Ringkasan Huraian yang dipetik daripada Buku Panduan Jurulatih Gayong Serantau Kelantan;

Dalam Keilmuan Gayong, setiap senjata ada KHATAM dan ISIM nya.

1. Pisau - Baling pisau dalam jarak tertentu dan perlu terpacak tepat ke sasaran. Isim nya khusus untuk KEBAL HIRIS dan TEPAT MEMBALING.
2. Tongkat - Menghadapi serangan pelbagai senjata di atas batang TITIAN. Isimnya adalah Amalan Pendekar Awang Bodoh.
3. Parang - Menahan Tetakan di bahagian Perut, lengan dan betis.Isimnya khusus untuk KENAL BESI dan KEBAL TETAK.
4. Keris - Upacara Istiadat di LAUT. Isimnya adalah Amalan Hang Tuah.
5. Lembing - Upacara Istiadat di AIR TERJUN. Perlu menangkap Rejaman Lembing oleh Guru dengan mata tertutup dalam Jarak tertentu (jarak tebing ke tebing). Isimnya adalah Amalan Megat Terawis.
6. Cendai - Upacara Istiadat di AIR MENGALIR. Isimnya khusus utk memberi BISA/PEMBERAT PUKULAN pada sehelai kain yang lembut.
7. Sundang - Mendagu dengan SUNDANG yang TAJAM yang digantung pada sebatang pokok. Isimnya adalah AMALAN PEDANG DZUL-FAQAR.
8. Kerambit - Bertempur dalam Kain Sarung. Isimnya adalah Amalan Halilintar (gerak pantas menyerang dan kunci gerak lawan)
9. Gada- Gada - Mengemudi tanpa menyentuh lantai dan tepat melempar ke sasaran. Isimnya adalah Amalan Pendekar Harimau Berantai.

dan seterusnya.......


#Pesanan Guru Tua : 

Pastikan bila belajar sesuatu senjata biar sampai Khatamnya, Ambil Petuanya dan Amalkan Isimnya. Namun, KUNCI nya ada pada TAPAK GAYONG. Gali dan terus mencari RAHSIAnya.

Majlis Khatam KERIS dan LEMBING ramai dah ikut serta, tetapi pernahkah tuan-tuan diberi ISIM nya? Kenapa tidak diberi sedangkan itu SUMPAHnya?

Allahyarham Mahaguru pernah berpesan, hanya seorang sahaja yang beliau memberi AMANAH yang boleh mengkhatamkan kesemua keilmuan senjata dalam Silat Seni Gayong ini yang merangkumi 21 senjata di Alam Melayu. Carilah orangnya yang dikhatamkan segala KEILMUAN GAYONG oleh Allahyarham Mahaguru secara meminum AIR LUDAH nya. Itulah satu-satunya PENYAMBUNG SANAD sebagaimana Allahyarham Mahaguru menerimanya di Batu Hitam sebagai PERANTARAAN ILMU.


Wallahua'lam

Thursday, April 5, 2012

VARIASI SUKATAN PELAJARAN SILAT SENI GAYONG

Salamun Alaik,
Guru Amin Hamzah menurunkan tandatangan sebagai mengesahkan
segala Pelajaran yang terkandung di dalam Buku Silibus Gayong Serantau Kelantan ini benar-benar asli.

Buku Silibus yang disusun oleh UstWan Abdul Halim, YDP Gayong Serantau Kelantan.

Ilmu Gayong amat luas pengertiannya. Ianya boleh dilihat dari sudut zahir yakni ilmu berkaitan kependekaran yang melibatkan kemahiran berpencak ataupun dipandang secara lebih halus iaitu yang menyentuh soal berkaitan hakikat insan dan Ketuhanan. Bagi aspek zahirnya; Ilmu Gayong merangkumi 7 pecahan ilmu iaitu;
 
1. Tapak Gayong
2. Pecahan Tapak Gayong
3. Seni Keris ( seni senjata pendek yang bersifat menikam dan merembat )
4. Seni Simbat ( seni senjata panjang yang bersifat menetak dan melibas )
5. Seni Yoi (seni pukulan menghadapi serangan ramai musuh yg gunakan tapak dan langkahan yg sistematik )
6. Seni Cendai (seni senjata lembut yang bersifat menjerut dan menyentap)
7. Seni Belian.( rangkuman ilmu pemusnah lawan + kebatinan)

Sukatan Pelajaran Silat Seni Gayong (Silibus Gayong) pula merupakan penyusunan Ilmu Gayong mengikut peringkat-peringkat tertentu berdasarkan SISTEM PELAJARAN yang telah digariskan oleh Allahyarham Mahaguru Silat Seni Gayong.

Dalam sejarah Silat Seni Gayong, terutama sewaktu hayat ADMAR, Silibus Gayong telah beberapa kali digubal terutamanya selepas Sistem Bengkong diperkenalkan pada hujung 60-an dan telah digunapakai secara menyeluruh di peringkat negeri masing-masing pada awal 70-an. Sebelumnya, Silibus Gayong banyak merujuk kepada Silibus yang digunakan di Gayong Woodland School. Penggubalan sukatan mestilah berdasarkan SISTEM yang telah digariskan. Antara panduannya ialah;

Peringkat Pembelajaran seperti;
1. Asas Senaman
2. Asas Gerakan
3. Golongan (rangkuman gerakan)
4. Asas Elakan
5. Elakan Maut/Kombat
6. Kuncian
7. Pelepas Kuncian/Gulungan/Pentas/Tapak Hidup

Bilangan pergerakan atau jumlah buah bagi setiap seni ditetapkan kepada 7, 14, 21, 36 atau 49. Ini berdasarkan kepada nombor-nombor simbolik yang mempunyai makna yang tersendiri di dalam keilmuan Gayong.

Susunan pelajaran senjata mengikut tertibnya iaitu dari kumpulan senjata asas kepada kumpulan senjata berseni;
1. Kumpula Senjata Asas : Pisau, Simbat, Parang
2. Kumpulan Senjata Seni : Keris, Lembing, Sundang

Pedagoginya yg lebih kepada hafalan buah kepada berbetuk KONSEP dan PETUA yag tidak memerlukan hafalan buah seperti Seni Kaki, Seni Siku dan Lutut, Seni Rajawali, Seni Selayang Pandang, Seni Harimau Kumbang, Seni Sendi Harimau dll.

Pelajaran Tambahan dan Pelajaran Khas diterapkan dlm kursus-kursus jurulatih/gurulatih sahaja. Ini bermakna, seseorang yg berbengkong merah atau kuning tidak semestinya bertaraf jurulatih/gurulatih.

Berikut adalah contoh sukatan pelajaran yang telah digubal dan digunapakai oleh gelanggang2 tertentu;










Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas, sukatan pelajaran sentiasa disusun mengikut keadaan dan keperluan semasa. Tiada silibus Gayong yang mutlak kerana di zaman hayat ADMAR pun, telah wujud pelbagai silibus berdasarkan kepada Guru-guru kanan yang memimpin sesebuah negeri atau di Pusat Latihan Tertinggi. Empat yang terutamanya adalah seperti berikut;

1. Gayong Woodlands Singapore (Di pimpin oleh Arwah Pak Husin Kaslan)
2. Pusat Latihan Tertinggi, Kota Sarang Semut, Kedah (Di pimpin oleh Pak Andak Majid)
3. Pusat Latihan Tertinggi, Air Kuning, Perak (Di pimpin oleh Arwah Cg Mat Lazim)
4. Selangor/KL (Di susun bersama oleh sekumpulan Guru di Selangor)

Namun begitu, terdapat usaha untuk menyeragamkan variasi silibus ini membentuk Silibus Gayong Kebangsaan tetapi ianya kurang mendapat sambutan daripada majoriti Guru-guru tua. Sebenarnya, usaha menyeragamkan silibus ini adalah suatu usaha yang amat baik kerana ianya boleh dijadikan sebagai simbolik kepada perpaduan Gayong itu sendiri. Memang diakui amat sukar untuk merangka suatu silibus yang standard utk dipakai oleh keseluruhan negeri, namun semuanya mampu diatasi dengan semangat seGayong, bersifat berlapang dada dan menghormati antara satu sama lain. Jangan dicari perbezaan tetapi yang dicari adalah titik persamaan. Biarlah silibus itu lebih berfokus kepada SISTEM YANG SERAGAM dan bukannya  difokuskan kepada buah mana yang perlu dipilih.

*bersambung

Wallahua'lam.

Sunday, April 1, 2012

BUKA GELANGGANG

Salamun alaik,
Gurulatih sedang membacakan Doa Gelanggang 
Adat bergelanggang sebelum berlatih Silat Seni Gayong, disarankan untuk kita "Membuka Gelanggang" terlebih dahulu.  Membuka Gelanggang membawa erti yang anak2 Gayong dalam satu jemaah, bersama-sama berdoa dan memohon agar ALLAH SWT memberikan Kerahmatan dan Melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmumah daripada diri pesilat2.
 Formasi Barisan
Formasi Bulatan
Formasi Balairong (mengadap) - ehsan gambar gayongpasak.org

Gurulatih selaku Imam Gelanggang akan mengarahkan pesilat-pesilat membuat formasi dalam bentuk bulatan (Putera di kanan, Puteri di kiri), dan serentak duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang.  Selain formasi bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi mengadap (balairong) mengikut kesesuaian. Imam Gelanggang akan memulakan acara buka gelanggang dengan menyebut;

Assalamualaikum.
Sebelum kita mula berlatih, terlebih dahulu kita buka gelanggang dengan bacaan :


1. Surah Al-Fatihah -1X
2. Surah Al-Ikhlas -11X
3. Selawat  ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW -3X


Dan kiranya ada berkat dan pahalanya, kita fidyahkan kepada;


1. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
2. Keluarga Baginda
3. Sahabat yang empat
4. Para Nabi dan Rasul
5. Para Wali Allah
6. Wali – waliah Gayong mati baru dan mati lama terutamanya Tok Panglima Hitam, Syed Zainal Idris Al – Attas…..
7. Dato’ Mahaguru kita, Dato’ Meor Abdul Rahman bt. Sharifah Aluyah. dan keturunannya.
8. Ibu bapa kita
9. Keluarga kita
10. Guru – guru yang mengajar kita
11. Saudara seGayong dengan kita
12. Dan muslimin dan muslimat seluruh alam. 


Kita bermohon kepada Allah SWT agar mendapat berkat dari – NYA dan selamat kita berlatih dari mula hingga akhir dari sebarang malapetaka dan kecederaan serta niat khianat daripada manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu amarah dan sifat mazmumah.
AL – FATIHAH.

Kemudian, setelah selesai membaca Al-Fatihah, Qulhu dan Selawat, Imam Gelanggang akan menadah tangan untuk berdoa dan diikuti oleh semua pesilat. Doa Gelanggang antaranya dibacakan Ayat 9 dan  Ayat Hulubalang disamping doa-doa lain. Ayat 9 sebagai Tawassul untuk Ilmu manakala Ayat Hulubalang sebagai Pembungkam serangan musuh secara nyata ataupun ghaib. Tatkala menyebut Kalimah "KAF HA YA AIN SOD, HA MIM AIN SIN QOF", Imam Gelanggang akan buat ISYARAT PASAK dalam ikhtiar MEMAGAR GELANGGANG. Selepas habis bacaan Doa, letakkan kembali kedua penumbuk ke tapak gelanggang. Pada ketika ini, Imam Gelanggang sekali lagi membuat WAFAK GHAIB mengelilingi keseluruhan gelanggang dengan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH yang mana diwakilkan dengan isyarat NAFAS bagi setiap penjuru gelanggang. Pada saat itu, InsyaAllah dengan Berkat Kalimah LA ILAHA ILLALLAH ini, maka terkandung lah sekalian pesilat-pesilat di bawah tanggungjawab Imam Gelanggang di dalam KANDUNGAN LAM JALALLAH. InsyaAllah.

Seeloknya, Imam Gelanggang akan mengadap ke arah Kiblat. Jika keadaan tidak mengizinkan, jangan sesekali duduk membelakangi arah aliran angin. Selain itu, sebelum mengarahkan pesilat-pesilat bangun, Imam Gelanggang boleh juga membaca Mentera Penggerun supaya pesilat-pesilat mudah akur arahan dan orang-orang di luar menjadi "alah" jika berniat untuk membuat sudian.

Begitulah secara ringkasnya, kaedah dan tatacara membuka gelanggang. Segala bacaan dan doa adalah semata-mata untuk-NYA dan selebihnya sekadar ikhtiar dalam berusaha. Dalam dunia persilatan dan alam Melayu ini, SUDIAN dari pihak luar adalah menjadi asam garam nya. Maka, lebih baik "sediakan payung sebelum hujan" kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. InsyaAllah, dengan berkat dari NYA, sekiranya ada sudian sepanjang kita berlatih, kita akan menerima mesej-mesej tertentu seperti bunyi DESIRAN di telinga atau PETANDA TUBUH seperti ada gerakan2 di sekitar perut. Pada saat dan ketika itu, ada kaedah tertentu pula untuk kita menangani nya. Perlulah kita berguru untuk mengetahui selanjutnya.

InsyaAllah, di post yang mendatang akan dibincangkan pula persediaan awal sebelum turun ke gelanggang dengan menggunakan Pelangkah Hulubalang dan Firasat. 

Wallahua'lam.

Saturday, March 31, 2012

TUNJUK AJAR GURU - ASAS SENAMAN HARIMAU

Salamun Alaik,
video
Guru Amin Hamzah sedang mengajar asas senaman harimau yg pertama

Dalam kita berGAYONG, perkara yang paling asas adalah SENAMAN nya.  Dalam Keilmuan Silat Seni Gayong ianya dipanggil ASAS SENAMAN HARIMAU. Terdapat 7 bahagian semuanya yang memberi fokus kepada;

1. Stamina
2. Regangan.
3. Kelenturan.
4. Kekuatan Otot
5. Daya Tahan Otot
6. Keseimbangan
7. Aturan Nafas

video
Asas Senaman Harimau ke-5, Gerak Fizikal disertai dengan Aturan Nafas

# bersambung

Wallahua'lam.

Tuesday, March 27, 2012

SENI BELIAN

Salamun Alaik;
Gaya Harimau Membaham Mangsa adalah simbolik kepada Gerak Membunuh dalam Keilmuan Gayong
Seni Belian merupakan salah satu seni daripada 7 seni yang terkandung dalam Keilmuan Silat Seni Gayong. Seni ini adalah intipati daripada SEKALIAN ILMU- ILMU GAYONG yang diadun dengan Amalan-amalan  Kebatinan. Geraknya tiada terikat dengan buah-buah Hafalan, tetapi ianya hidup dan bergerak dengan GERAK HAK DIRI. Kuncinya adalah AYAT 9 dan Rahsianya adalah GERAK BAYANG. Belian itu sendiri merujuk kepada HARIMAU YANG MEMPUNYAI KEKUATAN GHAIB. Maka dari mana datangnya Kekuatan Ghaib itu? Adakah ianya hadir hasil daripada pengaruh amalan Wirid, Zikir, Isim danDoa? Jika benar, bagaimana KAEDAH nya? Bagaimana pula dengan pengaruh kekuatan daripada SUMBER ALAM? dan yang terakhirnya; bagaimana KAIFIAT untuk beramal dengan Amalan-amalan Gayong ni terutamanya AYAT 9 yang membolehkan seseorang Pendekar Gayong mampu untuk menyeru dan mendapatkan pertolongan daripada BALA TENTERA ALLAH?

Gaya Harimau Membaham Mangsa seperti hambur harimau, tampar harimau, koyak-mengoyak,patah mematah merupakan SIMBOLIK kepada Gerak Membunuh dalam Keilmuan Gayong. Tidak sesekali, pengamalnya berseru dan berubah menjadi seperti seekor harimau jadian atau dikuasai oleh "semangat luar". Dalam Gayong, asasnya adalah WARAS dan YAKIN.

"Gerak Gayong Gerak Berseni, Gerak Bayang Gerak Rahsia"

Semoga dengan DEFINISI ringkas ini mampu memberi asas kefahaman tentang apa itu SENI BELIAN.

Wallahua'lam.

Saturday, March 24, 2012

SOAL JAWAB 4 : Beza sandang PANGLIMA PELANGI HITAM dan PANGLIMA HITAM

Salamun Alaik;
Sandang Panglima Pelangi Hitam (PSSGM) atau Panglima Hitam(Pusaka Gayong)

Soalan dari saudara Harimau Belantara;
Salam Tuan. Boleh tuan huraikan perbezaan antara sandang Panglima Pelangi Hitam (PSSGM) dan Panglima Hitam (Pusaka Gayong)?

Jawapan;

Wslm saudara Harimau Belantara. Secara ringkasnya kedua-dua sandang ini adalah sama dari aspek corak dan warnanya namun BERBEZA dari aspek TAHAP PELAJARAN dan JAWATAN DALAM KEGURULATIHAN. 
Pak Andak Majid pernah memangku jawatan Timbalan Pengarah Pelajaran Silat Seni Gayong
Cg Ahmad Ismail juga memakai Sandang Panglima Pelangi Hitam selaku Pengarah Pelajaran Pusat Latihan Tertinggi di Air Kuning
Pada 90-an, sandang ini masih dikekalkan statusnya dalam Pusaka Gayong sebagai sandang tertinggi utk pelajaran

Dahulunya sekitar 70-an, sandang Panglima Pelangi Hitam merupakan sandang tertinggi yang dipakai oleh seseorang Gurulatih. Pak Andak Majid memakai sandang ini selaku Timbalan Pengarah Pelajaran Silat Seni Gayong dan diikuti oleh Gurulatih-gurulatih tertinggi seperti Arwah Cg Ahmad Lazim, Cg Ahmad Ismail dll. Ketua bagi Panglima Pelangi Hitam pula bergelar Panglima Singa Malaya, namun pada 70-an tiada lagi sandang khusus bagi Panglima Singa Malaya. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 80-an.
Bagi PSSGM, Sandang Panglima Pelangi Hitam masih dikekalkan statusnya sebagai Gurulatih Tertinggi bg sesuatu negeri

Kini, status sandang ini berbeza mengikut pertubuhan. Dalam Kegurulatihan PSSGM dan Gayong Serantau, sandang Panglima Pelangi Hitam merupakan Sandang bagi  GURULATIH TERTINGGI yang mana hanya seorang sahaja yang ditauliah daripada kalangan Gurulatih-Gurulatih dalam setiap negeri. Kebiasaanya, Panglima Pelangi Hitam ini akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih bagi sesebuah negeri. Kriterianya mestilah dipilih daripada kalangan Gurulatih Kanan (Panglima Chula Hitam) yang paling senior dan memegang bengkong HPCS yang mampu mengajar PELAJARAN PELANGI HITAM.

Kini, bagi Pusaka Gayong, sandang Panglima Hitam bukan lagi dikhususkan utk Gurulatih Tertinggi

Berbeza pula dengan Kegurulatihan Pusaka Gayong, sandang Panglima Hitam merupakan sandang bagi seorang GURULATIH. Ianya tiada had bilangan dalam sesebuah negeri dan syaratnya sekurang-kurangnya berbengkong Kuning (mampu mengajar sekurang-kurangnya pelajaran peringkat merah chula). Ianya menyamai bagi sandang Panglima Geliga Sakti (PSSGM) dan sandang Chula Hitam (PSSGM) sekiranya telah menjadi Gurulatih Kanan (mengajar melebihi 7 tahun dan mampu mengajar pelajaran sehingga Pelangi Kuning Chula).
 Sandang Panglima Chula Hitam sebagai Gurulatih Kanan (PSSGM)

Sandang Panglima Geliga Sakti sebagai Gurulatih (PSSGM)

Selain daripada kedua-dua sandang ini, terdapat sandang Panglima Singa Malaya (PSSGM) dan sandang Ketua Panglima Hitam Singa Malaya(Pusaka Gayong) yang juga sama bentuk corak dan warnanya tetapi berbeza dari aspek TAHAP PELAJARAN dan JAWATAN DALAM KEGURULATIHAN. 


Sandang Panglima Singa Malaya (PSSGM) atau Ketua Panglima Hitam (pusaka Gayong)  

Sandang Panglima Singa Malaya (PSSGM) hanya dianugerah buat 7 orang sahaja dalam sesuatu masa. Ianya dipilih daripada Gurulatih -Gurulatih bertaraf Panglima Pelangi Hitam yang paling senior dan mempunyai ilmu dan kemahiran silat yang paling tinggi. Mereka akan menjadi PAKAR RUJUK yang berkaitan Pelajaran Gayong. Manakala sandang Ketua Panglima Hitam Singa Malaya(Pusaka Gayong) menyamai tahap seperti Panglima Pelangi Hitam dalam PSSGM yakni selaku Gurulatih Tertinggi bagi sesebuah negeri.

Dalam PSSGM, hanya 7 orang sahaja yang berhak memakai Sandang Panglima Singa Malaya

Dalam Pusaka Gayong, Sandang Ketua Pelangi Hitam di pakai oleh Gurulatih tertinggi bagi sesebuah negeri.
Sama fungsinya dengan Sandang Panglima Pelangi Hitam dalam PSSGM.

Begitulah perbezaannya walau nampak serupa corak dan warnanya. Bagi anak2 Gayong, kefahaman tentang adat dan kuasa sandang ini amat penting lebih-lebih lagi Gayong kini dalam usaha ke arah PENYATUAN. Soal perbezaan kuasa seperti ini haruslah di ambil perhatian supaya kita sama-sama berjumpa TITIK KESAMAAN.

*pernah salah seorang pemegang sandang ketua pelangi hitam singa malaya dari pusaka gayong melompat masuk ke PSSGM. Disebabkan kurang arif kepimpinan PSSGM pada ketika itu dengan kuasa dan kedudukan sandang ini, maka dalam suatu majlis adat, pihak pssgm menganugerahkan sandang Panglima Singa Malaya buat si polan ini kerana menganggap tahap kuasa dan jawatan bagi kedua2 sandang ini sama disebabkan bentuk corak dan warna nya sama.(kiranya mentauliahkan semula sandang tersebut walaupun dalam satu mesyuarat pssgm pusat, sandang Panglima Singa Malaya telah pun di buang dari senarai2 sandang dalam PSSGM). Begitulah keadaannya, nampak sama tapi tak serupa.

Wallahua'lam.

Saturday, March 17, 2012

GAMBAR KENANGAN GURU AMIN HAMZAH

Salamun Alaik;
kiri: Cg Amin Hamzah menerima bengkong Pelangi Merah dengan Almarhum Sultan Idris Syah(1970)
kanan : Cg Amin Hamzah menerima Bengkong Hitam HPCS 2 daripada Allahyarham Mahaguru (1981)
Cg Amin sedang melakukan teknik pemusnahan dan telah mencatatkan rekod pemecahan terbanyak dalam sejarah Silat Seni Gayong. 
Sebelumnya rekod dipegang oleh En.Adiwijaya.

 Cg Amin Hamzah telah di lantik sebagai Api Jinjang Mahaguru ( Gelaran bagi murid yang paling setia dan dipercayai )
Aksi Cg Amin Hamzah sepanjang karier nya sebagai Gurulatih Tertinggi (Panglima Singa Malaya)
* bersambung

Sekadar berkongsi gambar-gambar lama.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...